Ulasan one up trader satu penipuan bahaya - Menjadi kaya dengan kaedah ini dan sekarang saya mendapat lebih dari 50,000 RM sebulan.
More information
Leman Naha
12.11. 2017 12:34  | 

Terima kasih kerana membaca ulasan One Up Trader. Apakah One Up Trader? Ia adalah satu firma dagangan prop yang mendakwa menaja pedagang jika mereka melepasi ujian penilaian ‘percuma’. Firma ini mengatakan yang proses ini amat mudah kerana hanya melibatkan dua proses. Apabila anda menunjukkan kepada mereka pernyataan akaun anda untuk membuktikan anda boleh berdagang dan mendapat untung, mereka akan memberi anda ganjaran iaitu akaun dagangan pilihan anda dengan serta merta. Akaun itu akan mempunyai daripada $25,000 sehingga $250,000.

Walau bagaimanapun, penilaian dagangan kononnya ini tidak mendedahkan syarat-syarat untuk menyertai program ini, apa yang diperlukan untuk dipilih dan diberikan ganjaran.

Walaupun syarikat ini mengatakan yang mereka boleh memberikan ganjaran kepada pedagang-pedagang handal sehingga $250,000, mereka enggan mengesahkan kewujudan dana tersebut. Mereka juga enggan mendedahkan jika ada mana-mana pedagang yang benar-benar telah memiliki wang tersebut dan ditaja.

Selain itu, One Up Trader tidak memberitahu maklumat pemilik syarikatnya. Mereka bersikap teramat berahsia dengan perkara berkaitan pemilik syarikat.

Tetapi pada masa yang sama, syarikat ini mengatakan mempunyai perhubungan dengan beberapa pendidik dan guru dagangan yang mencurigakan dalam internet. Ini membuatkan kami percaya yang One Up Trader tidak lain tidak bukan hanyalah satu generasi terbaharu untuk “guru dagangan“.

Ulasan One Up Trader: Maklumat terperinci yang anda perlu tahu

Jika anda biasa dengan nama Top Step Trader, anda boleh teka beberapa persamaan yang terdapat pada Top Step Trader dan One Up Trader.

One Up Trader adalah satu pesaing utama Top Step Trader yang berkongsi model bisnes yang sama. Satu-satunya perbezaan adalah Top Step Trader ialah yuran pendahuluan mereka. Mereka selalu mengenakan caj beberapa ratus dollar untuk yuran penilaian dan gabungannya. Pada satu bahagian yang lain, One Up Trader tidak menyatakan sama ada mereka ada mengenakan caj untuk perkara tersebut. Sebaliknya, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membuatkan pedagang percaya yang penilaian dan pendanaan daripada mereka adalah percuma.

Kajian latar belakang mendedahkan satu sejarah panjang

One Up Trader adalah satu perubahan daripada Mes Capital Group. Peralihan ini berlaku pada 29 Disember 2016 dan syarikat ini telah beroperasi secara dalam talian pada September 2015. Ia telah dikaitkan dengan satu laman web FuturesProfile. Tambahan pula, kedua-dua laman web ini sepertinya dimiliki oleh orang yang sama kerana trafik pada laman web Futuresrofile telah dikehadapankan kepada laman web Mes Capital Group. Dan sekarang trafik pada laman web Mes Capital Group kini dibawa pada laman web One Up Trader. Dan rantaian ini bukannya secara rambang, ianya telah dirancang dengan teliti.

Ini membuatkan kami curiga dengan laman web MESCapitalGroup.com. Ia adalah ganjil untuk mana-mana bisnes dalam internet yang sah untuk bertukar laman web setiap 2 tahun. Sebabnya adalah kerana mereka ingin mengekalkan jenama mereka untuk jangka masa panjang. Hal ini kerana lebih lama anda boleh mengekalkan jenama anda, lebih tinggi kepercayaan orang ramai terhadap anda.

Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai syarikat ini dan tapi kami berasakan yang hanya bisnes yang mempunyai reputasi buruk sahaja yang berfikir untuk menukar domain mereka dengan harapan mereka dapat mengelirukan pelanggan atau prospek baru mereka.

Sampai satu tahap, taktik ini sepertinya telah berjaya. Walau bagaimanapun, apabila ulasan seperti ini berjaya menangkap mereka, ia akan menjadi satu perkara yang amat memalukan kerana secara tiba-tiba dunia akan mengenali mereka sebagai satu penipuan yang bertukar nama.

Seterusnya, kami perasan bahawa domain ini mengendalikan Mes Capital Group yang telah didaftarkan di bawah nama seorang lelaki warga Kuwait iaitu Sattam Alsabah. Apabila kami menyiasat nama Sattam Alsabah, kami mendapati lelaki ini sedikit sebanyak mempunyai hubungan dengan keluarga pemerintah di Kuwait. Satu carian mendalam di LinkedIn mendedahkan sekurang-kurangnya 200 kenalan dan hampir semua kenalan tersebut membawa kepada keluarga yang bernama Al Sabah. Anda mungkin tertanya-tertanya siapa Al Sabah ini?

Sebenarnya, keluarga Al Sabah telah memerintah Kuwait sejak tahun 1930an. Sejarah mereka boleh dibaca di laman web Wikipedia.

Sepanjang operasi mereka, Mes Capital Group telah menukar alamat fizikal sekurang-kurangnya 2 kali. Alamat yang pertama menunjukkan yang mereka beroperasi di Chicago. Ia telah dikenali 141 W. Jackson Blvd Suite 2026 Chicago, IL 60604.

Nombor telefon yang mereka gunakan pada masa itu ialah 312-587-0225. Apabila kami menyiasat alamat fizikal mereka, kami perasan yang Mes Group telah berkongsi alamat yang sama dengan Vankar Trading. Ini adalah satu permulaan bagi broker-broker baharu.

Apabila kami menyiasat Vankar Trading dengan lebih lanjut, kami mendapati bahawa ia telah didaftarkan kepada nama John dan Thierry.

Dan sekali-sekala pada tahun 2013, satu wakil yang bekerja untuk Vankar Trading menjual perisian dagangan magis dan kursus bagaimana untuk menggunakan perisian tersebut. Dan pada tahun 2015, CFTC telah mencekup beberapa penjenayah dan mengarahkan wakilnya untuk membayar penalti sebanyak $140,000. Apakah kesalahan yang telah dilakukan? Penyangak ini telah membuat ‘false representation’ mengenai produk yang dijual sekaligus melanggar peraturan CFTC.

Mencurigakan

Kami telah menerima beberapa permintaan untuk membuat ulasan mengenai One Up Trader. Apabila kami telah melakukan penilaian awal, ia kelihatan amat mencurigakan. Janji-janjinya adalah jenis too good to be true.

Siapa yang berfikiran waras untuk memberikan risalah percuma kepada pedagang-pedagang yang telah berlatih dalam simulator untuk beberapa hari? Kami bercakap mengenai ditaja daripada $25,000 sehingga $250,000. Siapa yang boleh memberikan anda sejumlah wang yang banyak untuk saja-saja? Ini adalah satu persoalan besar yang memerlukan jawapan.

Anda tahu, untuk memberikan pedagang wang percuma seperti ini, ia seperti anda membunuh diri secara kewangan. Ia seperti menunggu bencana untuk terjadi, ia takkan menjadi untuk jangka masa panjang dan anda pasti akan kecewa.

Apakah status pemilikan One Up Trader? Adakah One Up Trader satu syarikat dengan liabiti terhad atau korporasi? Adakah ia satu bisnes pemilikan tunggal? Sesiapa sahaja boleh meletakkan laman web di tengah hari dan membuat janji-janji mengarut. Ia bukanlah susah sangat untuk melakukannya.

Terdapat laman web yang menyatakan untuk memberikan dana kepada pedagang selalunya satu penipuan. One Up Trader tidak terkecuali.

Bagaimana penipuan ini berlaku

Percaya atau tidak, One Up Trader akan mengenakan caj untuk ‘pembelajaran dagangan’. Mereka berjanji jika anda menggunakan bahan pembelajaran dan melepasi ujian, mereka akan menaja dengan amaun yang disebutkan. ‘Ujian’ tersebut akan dilakukan dalam simulator tetapi dinyatakan dengan jelas disitu anda tidak boleh kehilangan lebih daripada beberapa jumlah wang dalam akaun tersebut.

Oleh itu, syarikat ini hanya mempunyai risiko kecil untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Itulah bahagian penipuannya.

Nasihat terbaik kami untuk anda

One Up Trader hanyalah satu penipuan sama seperti yang lain. Jangan buat satu kesilapan kewangan yang boleh membunuh masa hadapan anda.

Mulakan sekarang - Hidup ini terlalu singkat untuk miskin. penipuan dagangan, one up trader penipuan, top step trader, CFTC, bitcoin, forex
Start now

Mendapat wang dalam tiga langkah mudah!

Kaedah saya tidak boleh digunakan di semua tempat. Kebanyakan bank dan pedagang tidak tahu tentang kaedah ini. Walaupun mereka mengetahuinya, mereka tidak akan memberitahu kepada orang kebanyakan dalam apa jua situasi. Disebabkan itu penting untuk memilih broker berlesen yang dipercayai dan membenarkan anda untuk mengaut keuntungan. Di sini adalah dua broker kegemaran saya. Daftar pada salah satu daripadanya - atau kedua-duanya sekali. Kedua mereka menawarkan khidmat nasihat, tutorial video dan penasihat perseorangan - secara percuma.

Cuba strategi menggunakan versi demo:

  Binomo

Tiburo Corporation Ltd
Broker moden dengan deposit minimum yang rendah
Tip pantas: Broker ini membenarkan dagangan tanpa henti termasuk pada hujung minggu dengan dagangan bermula dari serendah $1
Deposit minima: $10
 

  Ayrex

Advanced Binary Technologies Ltd
Broker canggih yang mempunyai sokongan pelanggan yang hebat dan deposit minimum yang rendah
Tip pantas: Broker ini mempunyai versi demo percuma dan deposit minimum yang sangat rendah
Deposit minima: $5
 
 


  Zaini S. (2001:e68:5447:3c0a:c4b5:625b:d56) menulis

FB atau Whatsapp Grup Utk Olymp Trade

Ada tak siapa2 tahu grup FB atau wassap yang bagus utk kita discuss pasal trading dan juga broker Olymptrade ni ?

  Ninaossen (2402:1980:183:2c86:8cfb:c644:32c) menulis

Bagaimana erk?    Oleh sy sendiri

Bagaimana erk awk blh jadi kaya dn tanpa modal sy masih x fhm n sy juga mahu jafi kaya...tapi semua perkara sy nak buat semua memerlukan modal...dari dulu sampai skrg x berjaya2

  dafisdra qaliff (183.171.116.*) menulis

dapatkan wang dalam masa 24 jam    tiada

saya mohon pihak tuan kongsikn dengansaya tentang cara mendapatkan qang dlam masa 24 jam. saya berminat untuk mengetahui nya.

  muaz abdullah (115.164.52.*) menulis

Tidak tahu jln.nakbelajar.kerja seorang security.

  Byrnes (91.201.140.*) menulis

Olymp trade memang platform trading yg meyakinkan.    2

Olymp trade memang platform trading yg meyakinkan. Dulu gw download versi mobilenya di iphone 4 lawas gw sekedar iseng doang. Mana hapenya udah lola pula. N kerjanya memang seperti jarum jam, ngga beratin sistem sama sekali. Ada banyak fasilitas buat klien juga. Platform web yg nyaman, banyak perangkat trading, tim bantuan yg cekatan. Mereka ngejawab semua, bahkan pertanyaan konyol, cepet banget. Penarikan dana cuma butuh waktu sehari sesuai ketentuan, tapi kalo gw cuma butuh sejam. Kenapa susah banget ya cari info tetnang bonus? Kan bisa langsung diposting pake huruf gede2 di halaman utama.

  Philipp (179.61.131.*) menulis

Buat mereka yg mau mulai trading, olymp trade

Buat mereka yg mau mulai trading, Olymptrade itu platform yg benar2 cocok. Modal di sini kecil, cuma 10 dolar. Apalagi mrk tawarin banyak promosi dan deposit minim banget. Kamu bisa pake akun demo selama yg kamu mau supaya terbiasa sama antar mukanya n nyoba praktek juga. Ada banyak materi pelatihan n webminar. Semua kemudahan trading cuma dengan satu klik aja. Bahkan newbie ada peluang untuk profit di olymp kalo mereka trading dengan pertimbangan dan tenang, itu yg penting. Penarikan dana juga cepat. Proses verifikasi memang mengganggu, tapi ini gangguan yg ngga bisa dihindari n harus dijalani.

  Nicia (5.231.80.*) menulis

platform trading

Aku suka platform trading mereka karena kita bisa analisis aset di situ. Buka aja beberapa window, misalnya buat window pertama waktu pendek, trus di windw kedua waktu yg lebih panjang. Trus pasang dah indikatornya (beda orang pastinya punya indikator favorit sendiri), analisis pasarnya gimana trus tradinglah. Ada indikator namanya "market mood", nah itu kalo bisa jangan dipake. Bikin sell waktu 90% publik buy n bikin sebaliknya.

  hjmdkassim samat (60.50.141.*) menulis

crypto option    whatsat 0139300300

1, tuan berurusan dgn broker mana?
2,olytrend bagus atau tidak.
3.Jika ada untung berapa lama cleam di credit ke akaun kita.
4.berapa RM mula tuan berdagang.
5. indicator apa yang tuan guna dan macamana nak dapat.

  Habsah Othman (115.164.185.*) menulis

Cara bayaran

Macam mana cara nak buat bayaran dan cara nk kluarkan duitnya. Adakah melalui bank.

  MUHAMMAD HARIZ AMZAR BIN HARIONMI (123.136.107.*) menulis

-    -

Bagaimanakah untuk saya menjafi kaya dan pendapatan yang sangat banyak ? Kamu boleh ajarkan saya.

Semua komen (pada laman baru)
 
 
 

 Tambah komen baru!

Tanya sesuatu atau berkongsi pengalaman
Anda akan menerima arahan yang terperinci ke e-mel anda.