More information
Leman Naha
29.11. 2015 00:00  | 

Opsyen binari adalah salah satu daripada pelbagai instrumen kewangan yang terdapat di luar sana. Instrumen kewangan wujud samada untuk perlindungan, seperti insurans, ataupun untuk pelaburan. Pada zaman sekarang, terdapat terlalu banyak pilihan untuk melabur sampaikan pengguna pun boleh naik pening. Walau apapun instrumen yang anda pilih, itu terpulang pada citarasa masing-masing. Yang penting adalah jangan simpan wang anda di rumah atau di akaun bank anda semata-semata tanpa berbuat apa-apa. Ini adalah kerana kadar faedah di serata dunia sangat rendah; rugi jikalau anda tidak gunakan wang tersebut untuk melabur.

Peraturan pertama melabur ialah “jangan meminjam wang untuk melabur”. Ini adalah kerana tidak ada jaminan bahawa wang yang dilaburkan akan membuahkan hasil. Lebih teruk lagi jikalau wang yang dilaburkan menjadi wang yang dileburkan. Kemungkinan bahawa anda akan kehilangan kesemua wang pelaburan anda tetap ada, walaupun kemungkinannya kecil. Jangan lupa, jika wang yang dilaburkan telah lebur, anda tetap perlu membayar balik pinjaman anda. Lebih teruk lagi, anda juga perlu membayar bunga ke atas pinjaman anda.

Satu-satunya pengecualian ke atas peraturan ini ialah jikalau pelaburan itu pelaburan yang dijamin selamat. Contohnya seperti anda melabur di dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB). Oleh kerana pelaburan itu dijamin oleh kerajaan, maka meminjam untuk melabur di dalam ASB boleh dipertimbangkan. Tetapi, ini juga bergantung kepada berapakah kadar bunga yang dikenakan ke atas pinjaman anda. Jika kadar bunga tersebut lebih tinggi daripada kadar pulangan yang boleh didapati melalui ASB, maka tidak ada gunanya juga untuk membuat pinjaman itu.

Peraturan kedua ialah jangan letakkan semua wang anda di dalam satu jenis pelaburan sahaja. Anda mungkin tergoda untuk berbuat sedemikian kerana anda telah mendengar satu tip bahawa melabur di dalam aset itu pada tahun ini dijangkakan akan mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Mungkin anda akan terus menjadi jutawan jikalau tip itu betul, tetapi bagaimanakah pula nasib kamu jika tip itu salah? Anda mungkin kehilangan kesemua wang anda!

Paling teruk ialah jika kamu melanggar kedua-dua peraturan di atas yakni anda telah meminjam wang dan melaburkannya berserta semua wang simpanan anda ke dalam satu jenis pelaburan sahaja. Kalau wang itu hangus, bukan sahaja simpanan anda kosong, tetapi anda terpaksa menanggung pula beban hutang yang baru itu.

Peraturan ketiga ialah anda tidak boleh melabur berdasarkan pencapaian yang lepas. Ini bermaksud bahawa walaupun pelaburan yang anda sedang pertimbangkan itu telah untung sepuluh tahun berturut-turut, ini tidak menjamin bahawa ia akan untung lagi pada tahun berikutnya. Jangan terlalu cepat menaruh harapan kepada sesuatu pelaburan.

Peraturan terakhir ialah pelaburan anda mesti sejajar dengan situasi dan rancangan masa depan anda. Contohnya, jika anda seorang yang berpendapatan sederhana, anda mungkin akan menghadapi satu situasi di masa hadapan di mana anda memerlukan wang pelaburan anda itu untuk menangani sesuatu kecemasan. Oleh itu, lebih baik anda membuat pelaburan di dalam aset yang mudah dicairkan.

Berbeza pula dengan seseorang yang berpendapatan tinggi, yang mungkin tidak memerlukan wang pelaburannya sehinggalah dia bersara. Orang sebegini bolehlah melabur di dalam aset yang stabil tetapi tidak mudah dicairkan, seperti hartanah. Manakala opsyen binari pula sesuai untuk pelabur yang mempunyai banyak masa lapang untuk memantau harga dan membuat kajian tentang pelbagai jenis pasaran. Harus diingat bahawa opsyen binari merangkumi pelbagai jenis pasaran, bergantung kepada aset pendasarnya.

opsyen,binari,pelaburan,instrumen kewangan,strategi
Start now

Mendapat wang dalam tiga langkah mudah!

Kaedah saya tidak boleh digunakan di semua tempat. Kebanyakan bank dan pedagang tidak tahu tentang kaedah ini. Walaupun mereka mengetahuinya, mereka tidak akan memberitahu kepada orang kebanyakan dalam apa jua situasi. Disebabkan itu penting untuk memilih broker berlesen yang dipercayai dan membenarkan anda untuk mengaut keuntungan. Di sini adalah dua broker kegemaran saya. Daftar pada salah satu daripadanya - atau kedua-duanya sekali. Kedua mereka menawarkan khidmat nasihat, tutorial video dan penasihat perseorangan - secara percuma.

Cuba strategi menggunakan versi demo:

  HighLow

Highlow Markets Pty Ltd
Broker Australia berlesen yang menawarkan dagangan dengan pasangan mata wang dan indeks. Mereka ideal untuk pedagang yang lebih berpengalaman.
Tip pantas: Hubungi khidmat pelanggan mereka dan mereka akan memberikan anda akaun demo di mana anda boleh menguji semuanya dengan wang maya sebanyak $10000.
Deposit minima: $50
 

  Binomo

Tiburo Corporation Ltd
Broker moden dengan deposit minimum yang rendah
Tip pantas: Broker ini membenarkan dagangan tanpa henti termasuk pada hujung minggu dengan dagangan bermula dari serendah $1
Deposit minima: $10
 
 


  Mohd (113.210.230.*) menulis

Proses

Boleh beri penjelasan yang lebih tepat dan cara untuk new beginner untuk turut bersama?

  chai (123.136.117.*) menulis

halal x

saya nak tanya adakah opsyen binari ni halal mengikut sisi undang-undang syariah?

  Sabtuala bin kala (103.21.47.*) menulis

Nak tahu lebih teliti.    melalui internet

Saya berminat. Bagaimanakah untuk mendapatkan duit dengan begitu cepat melalui intenet. Sila tunjuk ajar Admin, Mau jadi kaya...

  mohd (58.71.225.*) menulis

Macam mana boleh dapat income lebih.    [email protected]

Sekarang saya kerja dengan company...tiap2 bulan gaji x cukup....habis so perlu belajar dengan awak.
Satu lagi cara macam mana nk dapat duit lebih.

  Akmal fakhry (183.171.84.*) menulis

Pertanyaan

Bang,,tolong ajar saya bang,,saya ketandusan duit skrg ni,,gaji pun tak cukup bang,,tolonglah saya bang

  norazlin (175.140.199.*) menulis

nak belajar lebih detail

saya tidak ada modal untuk laburkan.tapi saya berminat untuk belajar trading binari ini.ada kelas untuk belajar trading binari tak

  Mohamad shamil rushdan (175.139.193.*) menulis

Deposit ayrex option    Ayrex option

Macam mana nak masukkan deposit dalam trader Ayrex option..jika saya menggunakan atm untuk bank in..macam mana nak tahu yg deposit kita masuk dalam trader

  nik nuur adieysha shahfiera putri (123.136.111.*) menulis

cara buat duit dngan intenet

Sy brminat nk buat cara buat duit dngn intenet

  Mohd fauzi (123.136.112.*) menulis

Waktu yg sesuai utk trade    [email protected]

Salam sejahtera tuan...apakah kena ikut waktu yang sesuai utk masuk entry dan adakah waktu GMT utk isyarat signal yg dapat melalui email tersebut blh guna utk masuk entry?

  hairol (219.92.22.*) menulis

iq option    IQ option

Sy telah daftar di IQ option..bagaimana untuk sy dapatkan pulangan dgn cepat ??seeloknya guna tempoh masa yg mana tuan 1mint 2minit atau 5minit untuk sy lebih mudah agak graf turun atau naik....tq

  Leesuhailee (123.136.111.*) menulis

Kenal pasti pasaran     IQ option & Olymp Trade

Saya cuba membuka IQ option & Olymp Trade saya nak lihat jenis pasaran yang ada....PERSOALAN SAYA macam mana kita nak tahu jenis pasaran mana yang naik @ jatuh .....sebab saya telah selidik dan lihat simbol CANDLESTICK PATTERN dan saya lihat pasaran...memang saya pun bingung nak tahu macam mana lihat ...

Semua komen (pada laman baru)
 
 
 

 Tambah komen baru!

Tanya sesuatu atau berkongsi pengalaman
Anda akan menerima arahan yang terperinci ke e-mel anda.