More information
Leman Naha
29.10. 2016 00:00  | 

Apakah yang dikatakan dengan pilihan binari? Adakah anda benar-benar faham istilah pilihan binari?Pilihan binari adalah alat pelaburan di mana pedagang akan meramal harga mata wang atau komoditi yang naik turun dalam pasaran dalam satu tempoh masa tertentu . Pada awal kewujudannya ia hanya didagangkan secara aktif oleh firma-firma kewangan dan bank-bank pelaburan tetapi menjadi semakin popular apabila tersenarai di Chicago Board of Options Exchange (CBOE) pada Julai 2008.

Pilihan binari dikategorikan kepada dua bahagian iaitu pilihan binari broker dikawal selia dan pilihan binari broker yang tidak dikawal selia. Broker yang dikawal selia membawa maksud mereka dipantau secara berterusan untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa penyeliaan. Implikasinya dari awal sehingga ke akhir proses, produk mereka seratus peratus mematuhi kelulusan undang-undang pihak berkuasa penyeliaan berlesen.

Kerana keghairahan orang ramai merebut peluang keuntungan yang disediakan oleh pilihan binari menjadikan ramai scammer atau sindiket penipuan muncul. Memang agak sukar untuk membezakan antara broker pilihan binari yang benar-banar sah dan yang palsu. Dalam artikel ini saya akan huraikan dengan lebih terperinci untuk mengenali dan menghindari penipuan dalam dagangan pilihan binari. Anda adalah sangat dinasihatkan untuk menyelidiki dan menyiasat secara terperinci sebelum memilih broker dagangan anda. Pemilihan broker yang sahih adalah amat penting untuk memastikan anda mempunyai tempat bergantung dan tempat merujuk segala permasalahan yang berbangkit di sepanjang aktiviti dagangan anda.

  • Pak Cik Google
  • Paling mudah untuk mengenali penipuan adalah mengesahkan latar belakang broker dagangan dengan membuat pencarian Google. Melalui respon, ulasan dan nota penghargaan yang ditemui anda boleh menilai kesahihan sesebuah broker. Dapatkan maklumat umum seperti perkhidmatannya, syarat-syarat & undang-undang dan sejarah broker untuk memastikan dana anda selamat daripada sebarang penganiayaan. Jika anda menemui sebarang kecurigaan dan komen-komen negatif dari orang ramai adalah lebih baik anda membatlkan hasrat anda untuk mendaftar di bawah broker tersebut.

    • Badan –Badan Professional
    • Pastikan broker dagangan yang anda gunakan telah berdaftar dengan badan-badan professional negara penyedia. Anda disyorkan untuk memilih negara yang mengaplikasikan undang-undang yang ketat untuk membela hak anda di kemudian hari. Manipulasi yang biasa mereka lakukan adalah pada terma dan syarat. Anda akan menghadapi masalah transaksi dana jika broker yang anda gunakan gagal mendaftar dengan badan-badan professional. Akibat yang paling teruk anda akan kehilangan wang yang anda laburkan.

      Broker yang professional akan memberikan salinan lesen, nombor lessen dan maklumat berkaitan lesen di laman web mereka. Dengan maklumat yang mereka berikan, anda boleh menyemak kesahihan dan kewujudan broker berkenaan. Jika di Malaysia anda boleh merujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan juga Bursa Malaysia. Badan berkanun ini diamanahkan untuk mengawal selia bagi membangunkan pasaran modal di Malaysia dengan lebih sistematik di samping menyelia aktiviti-aktiviti broker dan juga berhak merampas semula lesen operasi jika didapati melanggar tatatertib perjanjian.

      Untuk perlesenan global kebiasaannya dirujuk kepada lesen eropah seperti EU Regulated, Syprus securities and Exchange Commission (CySEC), Market in Financial Instrument Directive (MiFID) dan Commissione Nazionale per le Società e la Borsa (CONSUB).

      • Forum Atas Talian
      • Sertai forum-forum atas talian. Lihat, baca dan analisa topik-topik perbincangan mereka lebih-lebih lagi tentang kes-kes penipuan. Lontarkan dan ajukan kemusykilan anda. Anda akan lebih cakna dengan isu-isu semasa yang berlaku di dalam dagangan pasaran. Kebiasaannya ahli-ahli forum akan memberi jawapan berdasarkan pengalaman mereka.

        • Pulangan pelaburan luar biasa
        • Keuntungan yang besar dan mudah lebih cepat menarik perhatian orang. Ini adalah modus operandi yang biasa yang akan ditabur oleh scammer. Mereka menjanjikan pulangan pelaburan yang keterlaluan dan luar kebiasaan normal. Menjanjikan bonus-bonus besar dengan syarat-syarat tertentu. Sebagai contoh, jika anda mahukan bonus itu, sekurang-kurangnya anda mesti memperolehi tiga kali ganda keuntungan daripada wang yang anda depositkan. Jika pada awalnya tadi anda hanya mendeposit sebanyak $50, tetapi kerana terpengaruh dengan bonus itu anda mula menggandakan wang anda untuk memperolehi bonus yang lebih besar.

          Dan yang lebih parah lagi transaksi pengeluaran menjadi sukar dan lambat serta pelbagai fee tiba-tiba dikenakan terhadap wang anda. Berhati-hati dan siasat broker dagangan anda sebelum terkena. Jika nasi sudah menjadi bubur, itu tidak berguna lagi. Beringat sebelum kena.

          • Faham modus operandi penipuan
          • Cegah sebelum parah! Anda perlu faham dan ketahui dengan terperinci bagaimana teknik-teknik penipuan dilakukan. Selalunya pemanipulasian harga berlaku sewaktu harga hampir ditutup. Kehilangan modal yang banyak pada waktu ini sangat memaksimumkan keuntungkan broker.

            Contoh mudah, jika di Malaysia pasaran dagangan akan dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dibuka semula pada pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang. Kebiasaannya pada sepuluh minit ke lima belas minit akhir sebelum pasaran dagangan ditutup broker akan memanipulasi harga aset. Dagangan anda akan luput berkadar terus dengan minit-minit akhir pasaran. Tempoh ini akan digunakan sepenuhnya oleh broker untuk mengaut keuntungan dari kerugian yang anda perolehi.

            Sesetengah broker meletakkan logo Reuters pada laman web mereka untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan tanpa memperolehi kebenaran dari Reuters. Reuters merupakan sumber utama berita pasaran dagangan yang sahih dan dipercayai. Selain itu, ada sesetengan broker dengan sengaja melambatkan pengemaskinian pergerakan harga pasaran selepas pedagang meletakkan wang pelaburan semata-mata supaya pelabur tidak dapat memeriksa harga dagangan mereka dan seterusnya mengakibatkan kerugian. Kerugian pelabur adalah keuntungan broker. Satu perkara yang memerlukan perhatian anda ialah harga aset pasaran mestilah selari dengan harga yang dipamerkan oleh broker.

            • Hindari Khabar Angin
            • Perkara utama yang anda perlu lakukan apabila anda mendapat sesuatu berita adalah memeriksa kesahihan berita itu. Sesetengah broker bertindak menyebarkan khabir angin untuk mengaburi dan mengelirukan para pelabur dengan aktiviti penipuan mereka. Hal ini menyebabkan broker yang benar-benar sahih dan ingin menolong pelanggan terpalit dengan fitnah dan reputasi baik mereka jatuh merudum. Berhati-hati dengan setiap berita yang anda terima dan selidiki kebenarannya.

              • Tips nasihat kepada pelabur baru
              • Buka satu akaun sahaja pada satu-satu masa. Apabila telah mahir baru buka akaun tambahan.

                Gunakan satu akaun untuk semua aktiviti dagangan.

                Sebelum berdagang pastikan anda telah bertenang. Elakkan berdagang sewaktu emosi anda tidal stabil dan terganggu dengan pelbagai masalah.

                Sesuaikan diri dengan strategi dan teknik pasaran anda. Mahirkan diri dengan satu teknik sebelum meneroka teknik yang lain.

                Bekerja keras tetapi bekerja dengan cara yang bijak dan berobjektif.

                Mahirkan diri anda dengan analisis teknikal dan analisis fundamental.

                Pilih hanya satu atau dua aset sahaja pada satu-satu masa. Ini bertujuan untuk memudahkan pengurusan aset dan melihat pergerakan pasaran.

                Uruskan risiko dagangan dengan merangka pelan dagangan anda.

                Rekodkan penjualan dan pembelian aset anda untuk rujukan di masa akan datang seterusnya untuk merangka pelan startegi dagangan yang lebih hebat dan menguntungkan.

                Walau apa pun platform yang bakal anda gunakan, pastikan anda mempersiapkan diri anda dengan ilmu pelaburan. Untuk memperolehi keuntungan yang maksimum anda mesti membekalkan diri anda dengan ilmu pengetahuan.

pilihan binari, penipuan, hindari, tips
Start now

Mendapat wang dalam tiga langkah mudah!

Kaedah saya tidak boleh digunakan di semua tempat. Kebanyakan bank dan pedagang tidak tahu tentang kaedah ini. Walaupun mereka mengetahuinya, mereka tidak akan memberitahu kepada orang kebanyakan dalam apa jua situasi. Disebabkan itu penting untuk memilih broker berlesen yang dipercayai dan membenarkan anda untuk mengaut keuntungan. Di sini adalah dua broker kegemaran saya. Daftar pada salah satu daripadanya - atau kedua-duanya sekali. Kedua mereka menawarkan khidmat nasihat, tutorial video dan penasihat perseorangan - secara percuma.

Cuba strategi menggunakan versi demo:

  Binatex

Binatexia Ltd
A broker perfect for beginners. They offer low minimum deposit and a free demo account
Tip pantas: Try the free demo account and when making your first deposit, use the offered bonus
Deposit minima: 10$
 

  Binomo

Tiburo Corporation Ltd
Broker moden dengan deposit minimum yang rendah
Tip pantas: Broker ini membenarkan dagangan tanpa henti termasuk pada hujung minggu dengan dagangan bermula dari serendah $1
Deposit minima: $10
 
 


  redza (113.210.14.*) menulis

Download .IQ option

Perlu ke saya download IQ option dari google play....

  Redza (113.210.14.*) menulis

Negara yang boleh join/boleh bagi emal peribadi untuk saya kaji laman blog ini

Sy dari malaysia...boleh ke orang malaysia join...macaman saya nk join ..sebab saya nak tahu dulu laman blog ini lebih lanjuk..sebelum saya join..sekian

  Mohd (113.210.230.*) menulis

Proses

Boleh beri penjelasan yang lebih tepat dan cara untuk new beginner untuk turut bersama?

  chai (123.136.117.*) menulis

halal x

saya nak tanya adakah opsyen binari ni halal mengikut sisi undang-undang syariah?

  Sabtuala bin kala (103.21.47.*) menulis

Nak tahu lebih teliti.    melalui internet

Saya berminat. Bagaimanakah untuk mendapatkan duit dengan begitu cepat melalui intenet. Sila tunjuk ajar Admin, Mau jadi kaya...

  mohd (58.71.225.*) menulis

Macam mana boleh dapat income lebih.    [email protected]

Sekarang saya kerja dengan company...tiap2 bulan gaji x cukup....habis so perlu belajar dengan awak.
Satu lagi cara macam mana nk dapat duit lebih.

  Akmal fakhry (183.171.84.*) menulis

Pertanyaan

Bang,,tolong ajar saya bang,,saya ketandusan duit skrg ni,,gaji pun tak cukup bang,,tolonglah saya bang

  norazlin (175.140.199.*) menulis

nak belajar lebih detail

saya tidak ada modal untuk laburkan.tapi saya berminat untuk belajar trading binari ini.ada kelas untuk belajar trading binari tak

  Mohamad shamil rushdan (175.139.193.*) menulis

Deposit ayrex option    Ayrex option

Macam mana nak masukkan deposit dalam trader Ayrex option..jika saya menggunakan atm untuk bank in..macam mana nak tahu yg deposit kita masuk dalam trader

  nik nuur adieysha shahfiera putri (123.136.111.*) menulis

cara buat duit dngan intenet

Sy brminat nk buat cara buat duit dngn intenet

  Mohd fauzi (123.136.112.*) menulis

Waktu yg sesuai utk trade    [email protected]

Salam sejahtera tuan...apakah kena ikut waktu yang sesuai utk masuk entry dan adakah waktu GMT utk isyarat signal yg dapat melalui email tersebut blh guna utk masuk entry?

Semua komen (pada laman baru)
 
 
 

 Tambah komen baru!

Tanya sesuatu atau berkongsi pengalaman
Anda akan menerima arahan yang terperinci ke e-mel anda.